Wednesday 30 November 2011

Karangan:Kawan Baik Saya

Di dunia ini,dipercayai bahawa semua orang mempunyai kawan sendiri,begitu juga dengan saya.Kawan baik saya ialah Alex.

Alex tinggal berjiran dengan saya.Kami kenal antara satu sama lain sejak kecil lagi.Dia berumur 10 tahun.Dia belajar di SJK C Yuk Chai dan sedarjah dengan saya,iaitu darjah 4I.Tiap-tiap hari ,kami pergi ke sekolah dengan menaiki kereta.

Di dalam kelas,dia pandai dalam semua mata pelajaran.dia sentiasa menduduki tempat pertama dalam kelas.Apabila saya menghadapi masalah dalam apa saja pelajaran,dia akan menolong saya menyelesaikannya.Saya amat berterima kasih kepadanya.

Pada masa lapang,dia suka bermain bola sepak.Dia handal dalam sukan ini dan pernah mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat sekolah.

Sampai sekarang,saya sudah berkenalan dengan Alex selama 5 tahun.Hubungan persahabatan kami erat seperti isi dengan kuku.Saya berharap agar hubungan persahabatan kami akan kekal selama-lamanya. 

No comments:

Post a Comment