Wednesday 30 November 2011

Syair

Tersebut kisah satu cerita,
Seorang anak yang telah berjaya,
Hidupnya senang lagi bahagia,
Kerana kecilnya gigih berusaha.


Datang sekolah tiadalah jemu,
Walaupun kurang pensel dan buku,
Hasrat gigih menuntut ilmu,
Kelak membantu ayah dan ibu.


Disematnya azam di dalam hati,
Kepada keluarga mahu berbakti,
Adik-beradik pun ramai lagi,
Dia mesti hidup berdikari.


Siang dan malam mebaca buku,
Menulis mengira satu persatu,
Membuang masa tiadalah mahu ,
Agar dadanya dipenuhi ilmu.


Penat berusaha bertungkus-lumus,
Setiap ujian semuanya lulus,
Bekerja dan belajar hendaklah terus,
Mohon petunjuk tuhan yang kudus.


Demikianlah coretan sebuah kisah,
Menjadi senang sesudah susah,
Janganlah kita mudah menyerah,
Gigih berusaha mebawa tuah.

No comments:

Post a Comment